07 Februari 2010

Sejak Aku didunia Ini. Aku.




Sejak Aku didunia Ini. Aku.

Sejak aku didunia ini, aku,

Leka dengan dunia kaca kepalsuan,
Leka bermain dengan kematian,
Leka kejar mengejar karun kerugian
Leka bersama manusia bukan insan,

Sejak aku didunia ini, aku,

Kecewa dengan kejadian ciptaan,
Kecewa dengan ketentuan,
Kecewa dengan keredhaan,
Kecewa dengan hak kemanusiaan.

Sejak aku didunia ini, aku,

Sedih meratapi kejayaan,
Sedih meratapi kekurangan,
Sedih meratapi suapan,
Sedih meratapi segala kurniaan.

Sejak aku didunia ini, aku,

Pernahkah mencari nur kesetiaan,
Pernahkah meruntun kekesalan,
Pernahkah kembali ke jalan kebenaran,
Pernahkah insaf dengan kelekaan.

Ampunilah segala kealpaan..
Maafilah Kesalahan..
Moga aku berjalan diatas jalan kebenaran.....

Pasir Gudang
070210
ABDUL HAQQ QASHID

1 ulasan:

  1. Sebesar mana kesilapan,
    hanya Allah bisa ukurkan,
    bangkit dgn rasa keinsafan,
    agar mendapat keberkatan.....

    insyaAllah..

    Ilmu dunia hanya sandaran,
    bg setiap manusia ianya suatu keperluan,
    Sesungguhnya mencarinya adalah diharuskan,
    Jua satu tuntutan..

    BalasPadam