Konflik Palestin - Israel



Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama. Pelbagai cubaan telah dibuat untuk mengatasi konflik ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik.Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel. Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk. Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing. Disini, bermulalah konflik dua pihak yang ingin merebut tanah mereka sendiri.
Konflik ini telah melibatkan beberapa pemimpin yang berkejar-kejar untuk mendapat hak yang sepatutnya mereka berkongsi.

Lihatlah kesannya sekarang, perebutan tebing Gaza telah mengakibatkan rakyat palestin menjamah nikmat sengsara ditanah darahnya sendiri. Mujurlah pihak militan Hamas ditubuhkan untuk menentang Sang Jahil dari terus mudah merobek tanah palestin.
Ketika ini tanah palestin semakin dicengkam oleh Sang Jahil , rakus melanyak bonggol - bonggol banggunan palestin. Sambil saudara islam di seantero dunia hanya duduk menikmati hidangan kopi petang mereka, hanya menabur simpati tanpa ada usaha yang sewajarnya.

Ulasan

Catatan Popular